Skip to content

Latest Update

Newsflash

PENUNDAAN ONLINE REGISTRATION ONLINE REGISTRATION DAN PENGAMBILAN MODUL BAGI  PELAJAR SENIOR UNDERGRADUATE (DIPLOMA /DEGREE) . Online Registration bagi semester Januari 2010 akan dibuka mulai 10 November 2009 hingga 25 November 2009 mengikut zon masing-masing. Hanya pelajar yang mendaftar dalam tempoh ini sahaja akan dibekalkan modul pada hari pengambilan modul iaitu 16 – 17 Januari 2010 (tertakluk kepada pusat pembelajaran masing-masing).   2. Online Registration akan dibuka semula pada 4 Januari 2010 hingga 17 Januari 2010. Pelajar yang mendaftar dalam tempoh ini hanya akan dibekalkan modul selepas Tutorial 1. Walaubagaimanapun softcopy modul boleh didapati melalui MyLMS.   3. Permohonan Add/ Drop akan dibuka pada 10 November 2009 hingga 16 Disember 2009. Pelajar dinasihatkan agar menyemak senarai kursus terlebih dahulu sebelum membuat permohonan. Permohonan lewat  selepas tamat tempoh dan borang manual TIDAK AKAN DILAYAN.   4. Maklumat tambahan kepada pelajar program BIT dan BITM. Bagi subjek projek, pihak fakulti telah mewujudkan kod baru bagi BITM iaitu CBBR4006 manakala BIT kekal sebagai CBBR4106.   5. Pelajar yang mendaftar lewat tidak akan dibekalkan modul. Softcopy modul akan dimuatnaik di MyLMS.   6. Pelajar adalah diingatkan agar mencetak UKR 03 online bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berlaku.    Details...

ONLINE REGISTRATION DAN PENGAMBILAN MODUL BAGI PELAJAR SENIOR UNDERGRADUATE (DIPLOMA /DEGREE) 1.Online Registration bagi semester Januari 2010 akan dibuka mulai 8 November 2009 hingga 25 November 2009 mengikut zon masing-masing. Hanya pelajar yang mendaftar dalam tempoh ini sahaja akan dibekalkan modul pada hari pengambilan modul iaitu 16 – 17 Januari 2010 (tertakluk kepada pusat pembelajaran masing-masing).   2. Online Registration akan dibuka semula pada 4 Januari 2010 hingga 10 Januari 2010. Pelajar yang mendaftar dalam tempoh ini hanya akan dibekalkan modul selepas Tutorial 1. Walaubagaimanapun softcopy modul boleh didapati melalui MyLMS.   3. Permohonan Add/ Drop akan dibuka pada 8 November 2009 hingga 16 Disember 2009. Pelajar dinasihatkan agar menyemak senarai kursus terlebih dahulu sebelum membuat permohonan. Permohonan lewat  selepas tamat tempoh dan borang manual TIDAK AKAN DILAYAN.   4. Maklumat tambahan kepada pelajar program BIT dan BITM. Bagi subjek projek, pihak fakulti telah mewujudkan kod baru bagi BITM iaitu CBBR4006 manakala BIT kekal sebagai CBBR4106.   5. Pelajar yang mendaftar lewat tidak akan dibekalkan modul. Softcopy modul akan dimuatnaik di MyLMS.   6. Pelajar adalah diingatkan agar mencetak UKR 03 online bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berlaku.   Details...

NFSP

Kursus-kursus Semester September 09 Bagi pelajar2 yang tidak dapat mengakses LMS, sila lihat senarai kursus-kursus yang ditawarkan bagi semester september 2009 di sini.   Details...

You are here:Home
Sama-sama selesaikan ekonomi - Johan Jaafar Print E-mail
Written by Jean   
Sunday, 01 March 2009

MARCH 1 – MUNGKIN benar kata orang, akhir-akhir ini kita menjadi negara yang sekiranya menggunakan perkataan Inggeris, dengan izin, terlalu political.

Segala-galanya dipolitikkan. Setiap hari kita berdepan dengan cerita, masalah dan riuh rendah politik. Seolah-olah tidak ada lagi isu yang relevan hari ini melainkan politik. Malah dari perspektif media, tidak ada satu hari yang membosankan dalam dunia politik tanah air.

Tiada siapa yang menafikan bahawa politik dan ahli politik menentu dan mempengaruhi agenda negara. Malah politik dan ahli politik mencorakkan sikap dan pemikiran rakyat. Politik merupakan dunia penuh drama dan suspennya sendiri.

Ada kalanya ia bagaikan satu permainan sandiwara yang ditonton dengan penuh ghairah oleh peminatnya. Mungkin benar bahawa perbezaan politik menjadi begitu menonjol pada masa ini hinggakan segala-galanya dilihat dari perspektif “Kita” dan “Mereka”. Sekiranya perbezaan itu sekadar ideologi, ia boleh diterima. Tetapi perbezaan ini menyeret pada soal-soal di luar ideologi, termasuk hal peribadi, kepercayaan agama dan kedudukan bangsa.

Di Malaysia tidak ada lagi yang kudus, segalanya menjadi bahan untuk dipolitikkan. Malah sekiranya kes di Perak boleh dijadikan pedoman, institusi beraja turut diseret ke dalam isu dan sengketa politik.

Politik sudah mewajarkan anak-anak Melayu secara terbuka mengisytiharkan sembah derhaka pada rajanya sendiri. Politik memungkinkan segala-galanya. Tidak hairanlah banyak orang yang skeptikal terhadap politik.

Seorang negarawan besar pernah berkata, politik terlalu serius untuk dibiarkan hanya pada ahli politik saja.

Demikianlah dunia politik dengan pelbagai drama dan intrignya. Tidak ada salahnya berpolitik. Tetapi politik juga ada peraturan dan hokum hakamnya, ada etika dan konvensinya. Juga adab dan susilanya.

Lebih penting lagi politik saja tidak dapat menyelesaikan semua masalah rakyat. Rakyat mengharapkan penyelesaian masalah mereka bukan mahu menyaksikan sarkas politik dan drama pergaduhan sesama sendiri sepanjang masa.

Sekiranya asas berpolitik hanya untuk berkuasa dan mengekalkan kuasa maka politik hanya jadi alat mereka yang berkepentingan. Politik juga menuntut kewarasan, hemah dan tanggungjawab.

Kuasa mutlak berbahaya, kuasa sedikit tidak bermakna tetapi kuasa tanpa tanggungjawab akan menghancurkan apa sahaja. Maka itu matlamat tidak boleh menghalalkan cara.

Rakyat meletakkan harapan terlalu tinggi pada orang yang mereka pilih sebagai wakil mereka baik di Dewan Undangan Negeri mahupun di Parlimen.

Mereka mengharapkan ahli politik juga memberi tumpuan pada isu yang lebih besar masa ini ? krisis ekonomi yang sedang melanda dunia. Mereka mahu melihat formula bagi meringankan beban penanggungan mereka sekiranya kesan langsungnya dirasakan kelak.

Perlu diingat krisis kali ini lebih buruk daripada krisis ekonomi 1997.

Pada ketika itu hanya negara-negara Asia, khususnya di Asia Tenggara, yang paling teruk menerima padahnya. Kesannya terbatas pada lingkungan yang kecil. Memang terdapat negara-negara yang mengalami porak peranda malah pertukaran pemerintah. Malah krisis itu menukar sama sekali landskap ekonomi rantau ini.

Kali ini krisis kewangan melanda negara-negara kuasa besar yang juga merupakan ekonomi terbesar dunia. Amerika Syarikat (AS) berdepan dengan masalah yang luar biasa. Negara-negara seperti Britain turut menghadapi masalah kejatuhan nilai mata wang.

Krisis lebih buruk ialah hilangnya keyakinan terhadap rejim kewangan antarabangsa. Kapitalisme sebagai fahaman yang mendokong pasaran terbuka mulai ditanyakan relevannya. Malah globalisasi yang kononnya menjanjikan keterbukaan dagang dan peluang tanpa batasan juga mulai dipertikaikan.

Apabila Bursa New York, ibu kota dunia bagi kapitalisme dan pasaran terbuka merudum pada 6 dan 7 Oktober tahun lalu yang terbabit ialah kerugian bernilai RM21.4 trilion. Kesannya pasti menggegarkan dunia.

Entah berapa trilion lagi yang lesap dalam Tragedi Oktober itu di bursa-bursa utama yang lain. Bagi banyak ekonomi besar dunia, akibatnya menakutkan.

Sebuah negara jiran sejak beberapa dekad lalu melabur berbilion ringgit di luar negara dengan cara membeli atau mengambilalih syarikat-syarikat yang dianggap strategik dan menguntungkan. Harapannya tentulah bagi mendapat pulangan besar. Tindakan ini dikatakan pelaburan bijak. Negara tersebut mendapat pujian masyarakat pelabur antarabangsa. Hari ini agensi pelaburannya kerugian sekurang-kurangnya RM460 bilion. Tidak ada pelaburan yang selamat lagi hari ini.

Negara China dilaporkan akan membuang lebih 20 juta pekerja, sesuatu yang tidak pernah dibayangkan selama ini. Banyak syarikat di seluruh dunia akan gulung tikar. Jutaan pekerja akan menganggur. Implikasinya lebih daripada sekadar ekonomi. Akan berlaku krisis sosial yang boleh mengocak kestabilan negara-negara ini.

Dalam kerangka inilah ahli politik kita harus mengenepikan kepentingan lain pada masa ini melainkan menumpukan perhatian pada usaha memulihkan ekonomi atau mempersiapkan negara dengan sebarang kemungkinan. Kita tidak ada pilihan. Pada masa ini memang kesan langsungnya belum sepenuhnya terasa. Tetapi kita negara pengeksport dan negara dagang yang besar.

Apapun yang berlaku di negara yang mengimport barangan kita akan mempunyai kesannya pada kita. Pada masa ini pun ramai pekerja diberhentikan, banyak syarikat tidak dapat bertahan dan perusahaan yang selama ini kukuh mulai goncang.

Mahu tidak mahu kita harus mengkaji semula kadar pertumbuhan ekonomi negara. Pada Jumaat baru lalu Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) bagi suku tahun keempat 2008 hanyalah 0.1 peratus, kadar paling rendah sejak suku tahun ketiga 2001.

Ini hanya isyarat kedudukan ekonomi yang penuh cabaran bagi tahun 2009 dan seterusnya. Ini juga merupakan petanda bahawa kita harus lebih berhati-hati menghadapi sebarang kemungkinan. Inilah masanya kita berhenti menuding jari menunjuk juara atau siapa betul dan salah. Krisis ekonomi bukan berlaku akibat satu-satu sebab, ada pelbagai faktor yang mempengaruhi aliran tersebut.

Kerajaan mengumumkan pakej rangsangan sebelum ini, malah sekiranya tidak cukup berkesan disediakan pula pekej seterusnya. Penjanaan ekonomi harus digerakkan segera. Negara yang kuat dan banyak rizabnya lagikan terjejas inikan pula kita. Maka itu adalah menjadi tanggungjawab bersama mencari jalan menangani isu ini.

Masa depan negara ini banyak bergantung pada cara kita mengendalikan krisis ini. Ia bukan tugas Perdana Menteri atau Menteri Kewangan saja.

Atau amanah yang dipertanggungjawabkan pada kerajaan yang memerintah. Isu-isu bersama yang perlu ditangani bersama. Agaknya sekiranya suhu politik dapat dikurangkan sedikit dan sandiwara politik dapat diketepikan, 222 orang Ahli Parlimen di Dewan Rakyat akan menjadi contoh terbaik kesepakatan untuk menangani isu besar yang membabitkan seluruh rakyat Malaysia.

Bukankah kita ada peribahasa yang berbunyi, bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat? – Berita Harian

* Johan Jaafar has been selected by Datuk Seri Najib Tun Razak to be the

media czar in the incoming administration.

Source: http://www.themalaysianinsider.com
Comments
Add New Search
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

 
< Prev   Next >

OUM Latest News

Login Form






Lost Password?
No account yet? Register

Sponsored Links

Tahukah Anda?

06 Hanya 40% sahaja karbohidrat yang diambil akan “dibakar” menjadi tenaga manakala selebihnya sebanyak 60% akan dibebaskan sebagai haba.  Details...

09 Otak manusia dewasa mengandungi lebih 10 bilion neuron atau sel saraf. Beratnya lebih kurang 5 kilogram dan memerlukan 20 peratus oksigen yang masuk ke dalam tubuh bagi  membolehkannya berfungsi dengan sempurna.  Details...

02 Jantung dapat memuatkan darah dalam sebuah kereta api barang sepanjang 10 kilometer sepanjang 60 tahun.  Details...

10 Albert Einstein yang dikatakan manusia yang paling bijak pada abad ke-20 hanya mengunakan 16 peratus daripada potensi otaknya.  Details...

14 Atlet lumba basikal (jarak jauh) dikatakan mempunyai saiz jantung yang lebih besar berbanding atlet-atlet biasa.  Details...

12 Otot yang paling panjang dalam tubuh manusia dikenali sebagai SARTORIUS.  Details...

11 Manusia mempunyai lebih 600 otot yang menyokong sistem rangka.  Details...

13 Seseorang yang tidak melakukan aktiviti fizikal selama 96 jam dikatakan akan kehilangan tahap kecergasan fizikal sebanyak 50% manakala tahap kecergasan fizikal akan menjadi 0% sekiranya mereka tidak melakukan aktiviti fizikal selama 2 minggu.  Details...

05 Glukosa yang terkandung dalam makanan yang diambil akan “dibakar” bagi membekalkan tenaga kepada tubuh.  Details...

08 Sebanyak dua bahan kimia utama yang dikenali sebagai hormon bertindak untuk mengekalkan jumlah glukosa dalam tubuh pada aras yang tetap. Hormon ini adalah insulin dan glukagon. Insulin mengurangkan jumlah glukosa dalam darah manakala fungsi glukagon pula meningkatkannya.  Details...

01 Jantung mempunyai saiz sama besar dengan genggaman tangan anda.  Details...

07 Orang dewasa mempunyai sebanyak 206 tulang dan kanak-kanak mempunyai 305 tulang.  Details...

04 Terdapat litar elektrik pada jantung bagi menghasilkan pengecutan jantung yang berirama secara automatik.  Details...

NFSP

03 Jantung berdenyut kira-kira 100,000 kali atau berdenyut 60 –70 kali seminit dalam keadaan rehat.  Details...

Powered by

MCdN

Web Demo MCdN

  • MCdN Web Demo
  • MCdN Web Demo
  • MCdN Web Demo
  • MCdN Web Demo
  • MCdN Web Demo

Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday58
mod_vvisit_counterYesterday193
mod_vvisit_counterThis week657
mod_vvisit_counterThis month1731
mod_vvisit_counterAll107616

Who's Online

We have 3 guests online

Latest Forum Posts
TopicsByCategoryDate
Pay as low as 3% interest of your Busin...PHILLINKLOANWayang26-02-10 02:07
Pay as low as 3% interest of your Busin...PHILLINKLOANRelease Tension 26-02-10 02:06
Pay as low as 3% interest of your Busin...PHILLINKLOANInternet26-02-10 02:05
What is a Collateral Loan?JeanSubjek16-07-09 11:04
Differences Between Secured & Unsec...JeanSubjek16-07-09 10:16
JoomlaWatch Stats 1.2.6 by Matej Koval