Skip to content

Newsflash

PENUNDAAN ONLINE REGISTRATION ONLINE REGISTRATION DAN PENGAMBILAN MODUL BAGI  PELAJAR SENIOR UNDERGRADUATE (DIPLOMA /DEGREE) . Online Registration bagi semester Januari 2010 akan dibuka mulai 10 November 2009 hingga 25 November 2009 mengikut zon masing-masing. Hanya pelajar yang mendaftar dalam tempoh ini sahaja akan dibekalkan modul pada hari pengambilan modul iaitu 16 – 17 Januari 2010 (tertakluk kepada pusat pembelajaran masing-masing).   2. Online Registration akan dibuka semula pada 4 Januari 2010 hingga 17 Januari 2010. Pelajar yang mendaftar dalam tempoh ini hanya akan dibekalkan modul selepas Tutorial 1. Walaubagaimanapun softcopy modul boleh didapati melalui MyLMS.   3. Permohonan Add/ Drop akan dibuka pada 10 November 2009 hingga 16 Disember 2009. Pelajar dinasihatkan agar menyemak senarai kursus terlebih dahulu sebelum membuat permohonan. Permohonan lewat  selepas tamat tempoh dan borang manual TIDAK AKAN DILAYAN.   4. Maklumat tambahan kepada pelajar program BIT dan BITM. Bagi subjek projek, pihak fakulti telah mewujudkan kod baru bagi BITM iaitu CBBR4006 manakala BIT kekal sebagai CBBR4106.   5. Pelajar yang mendaftar lewat tidak akan dibekalkan modul. Softcopy modul akan dimuatnaik di MyLMS.   6. Pelajar adalah diingatkan agar mencetak UKR 03 online bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berlaku.    Details...

ONLINE REGISTRATION DAN PENGAMBILAN MODUL BAGI PELAJAR SENIOR UNDERGRADUATE (DIPLOMA /DEGREE) 1.Online Registration bagi semester Januari 2010 akan dibuka mulai 8 November 2009 hingga 25 November 2009 mengikut zon masing-masing. Hanya pelajar yang mendaftar dalam tempoh ini sahaja akan dibekalkan modul pada hari pengambilan modul iaitu 16 – 17 Januari 2010 (tertakluk kepada pusat pembelajaran masing-masing).   2. Online Registration akan dibuka semula pada 4 Januari 2010 hingga 10 Januari 2010. Pelajar yang mendaftar dalam tempoh ini hanya akan dibekalkan modul selepas Tutorial 1. Walaubagaimanapun softcopy modul boleh didapati melalui MyLMS.   3. Permohonan Add/ Drop akan dibuka pada 8 November 2009 hingga 16 Disember 2009. Pelajar dinasihatkan agar menyemak senarai kursus terlebih dahulu sebelum membuat permohonan. Permohonan lewat  selepas tamat tempoh dan borang manual TIDAK AKAN DILAYAN.   4. Maklumat tambahan kepada pelajar program BIT dan BITM. Bagi subjek projek, pihak fakulti telah mewujudkan kod baru bagi BITM iaitu CBBR4006 manakala BIT kekal sebagai CBBR4106.   5. Pelajar yang mendaftar lewat tidak akan dibekalkan modul. Softcopy modul akan dimuatnaik di MyLMS.   6. Pelajar adalah diingatkan agar mencetak UKR 03 online bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berlaku.   Details...

NFSP

Kursus-kursus Semester September 09 Bagi pelajar2 yang tidak dapat mengakses LMS, sila lihat senarai kursus-kursus yang ditawarkan bagi semester september 2009 di sini.   Details...

You are here:Home
Sabah perlu banyak tenaga kerja mahir Print E-mail
Written by matt de neiro   
Wednesday, 06 August 2008
Sabah perlu banyak tenaga kerja mahir

Sabah perlu banyak tenaga kerja mahir

KOTA KINABALU 5 Ogos - Kerajaan negeri memerlukan lebih banyak tenaga mahir bagi menjayakan pelaksanaan Koridor Pembangunan Sabah (SDC) yang bertujuan merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, untuk menjayakan agenda yang dirancang, kerajaan negeri bukan sahaja memerlukan pelaburan yang tinggi dari dalam dan luar negara tetapi juga keupayaan sumber manusia untuk merealisasikannya.

Katanya, kerajaan negeri berpendapat kejayaan agenda pembangunan tersebut bukan sahaja memerlukan perancangan yang rapi tetapi juga tenaga mahir yang berilmu, berinovatif, produktiviti tinggi dan berintegriti.

''Tonggak kejayaan negeri Sabah tidak setakat bersandarkan kepada kelengkapan prasarana atau pelaburan yang tinggi tetapi tenaga kerja berkemahiran, berpengetahuan dan berdisiplin," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Pusat Pembelajaran Sabah, Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di sini hari ini. Hadir sama, Presiden dan Naib Canselor OUM, Prof. Tan Sri Anuwar Ali dan Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Tun Sakaran.

Pusat tersebut menempatkan pelbagai kemudahan pembelajaran termasuk 39 bilik tutorial, lima makmal komputer dan lain-lain. Pada masa ini terdapat 6,658 pelajar OUM di seluruh negeri Sabah.

Musa berkata, kerajaan negeri amat menyedari kepentingan pembangunan modal insan bagi memacu pertumbuhan ekonomi negeri khususnya dalam bidang pertanian, pelancongan dan pembuatan.

''Ketiga-tiga sektor ini adalah teras pembangunan ekonomi negeri dan untuk memastikan kejayaan sektor tersebut, tumpuan serius diberikan kepada aspek pembangunan dan kecemerlangan sumber manusia.

''Kewujudan lebih banyak institusi pendidikan dan latihan seperti institusi pengajian tinggi awam dan swasta, politeknik dan institut latihan perindustrian di negeri ini membuktikan komitmen tinggi kerajaan bagi melahirkan modal insan berkualiti," ujar beliau.

Ketua Menteri turut berterima kasih dengan sumbangan OUM di Sabah yang membuka peluang kepada rakyat di negeri ini melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi sama ada program siswazah guru-guru atau pekerja yang ingin meningkatkan lagi tahap kerjaya mereka.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan kesediaan kerajaan negeri meluluskan permohonan tanah oleh OUM untuk membuka Taman Mini di hadapan Pusat Pembelajaran Sabah itu.

Sementara itu, Anuwar berkata, selain pusat pembelajaran di Kota Kinabalu, OUM juga telah menyediakan kemudahan yang sama di Tawau, Sandakan, Keningau dan Labuan bagi membolehkan pelajar di kawasan tersebut mengikuti pembelajaran lebih selesa.

Malah katanya, program ijazah sarjana muda yang disediakan khas sejak Jun 2007 telah disertai oleh 169 guru yang mengajar di kawasan pedalaman dan mereka kini mengikuti kelas-kelas di Pusat Pembelajaran Keningau.

Comments
Add New Search
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

 
< Prev   Next >

Web Demo MCdN

  • MCdN Web Demo
  • MCdN Web Demo
  • MCdN Web Demo
  • MCdN Web Demo
  • MCdN Web Demo

Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday45
mod_vvisit_counterYesterday67
mod_vvisit_counterThis week413
mod_vvisit_counterThis month2809
mod_vvisit_counterAll124807

Latest Forum Posts
TopicsByCategoryDate
Fenomena AlammatgaiberRelease Tension 22-05-10 11:50
Pay as low as 3% interest of your Busin...PHILLINKLOANWayang26-02-10 02:07
Pay as low as 3% interest of your Busin...PHILLINKLOANRelease Tension 26-02-10 02:06
Pay as low as 3% interest of your Busin...PHILLINKLOANInternet26-02-10 02:05
What is a Collateral Loan?JeanSubjek16-07-09 11:04
JoomlaWatch Stats 1.2.6 by Matej Koval