|
Written by Administrator
|
|
Sunday, 25 May 2008 |
Suatu hari , seorang polis telah pergi ke rumah mayat. Dilihatnya keadaan mayat-mayat sedang senyum, lalu dia berasa hairan. Maka dia bertanya kepada si penjaga tentang keadaan mayat tersebut, maka berlakulah dialog tersebut:
Penjaga: Mayat yang pertama mati ketika naik atas pelamin lalu dia kena strok. Mayat yang kedua mati ketika menang loteri kemudian dilanggar kereta. Mayat yang ketiga mati kerana di panah petir.
Polis tersebut berasa hairan kerana takkanlah dipanah petir pun masih dalam keadaan senyum. Dia pun bertanya sekali lagi, maka inilah jawapan si penjaga.
Penjaga: Sebenarnya, dia telah salah faham. Dia sangka ada orang ingin mengambil gambarnya, lalu dia senyum.
|