|
Google akan ‘bunuh’ Microsoft? |
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Wednesday, 08 July 2009 |
Google semalam (07/07/09) mengumumkan secara rasmi akan membina sistem operasi baru, yang akan dikenali sebagai Google Chrome Operating System. Ianya sambungan daripada browser syarikat Google keluarkan pada 9 bulan yang lalu.
Ura-ura sebuah sistem operasi baru daripada Google ini sudah dijangka kerana mereka telah membina sistem untuk telefon mudah alih, yang dikenali sebagai Android.
Tidak dipastikan bila OS google ini akan digunakan secara rasmi di dalam komputer, tetapi Google akan membina OS ini untuk pasaran netbook dahulu, dijangka siap pada 2010.
Dengan berita ini, pasaran sistem operasi komputer yang dikuasai syarikat Microsoft, Windows akan terjejas. Apatah lagi Windows 7, terbaru dari mereka akan dipasarkan dalam tahun ini.
Google berharap sistem baru mereka akan dapat menarik perhatian pengguna yang menitiberatkan aplikasi web di dalam komputer mereka. Apatah lagi dengan pelbagai aplikasi web yang begitu banyak telah dibangunkan/dicipta oleh Google sendiri seperti; browser Chrome, Gmail, Picasa dan Youtube. Kebanyakkan program tersebut kemungkinan akan terbina dalam secara langsung dengan sistem operasi Google Chrome.
Kesemua program tersebut serta dengan enjin pencari mereka begitu meluas digunakan seluruh pengguna internet di dunia, maka tidak mustahil Google mampu menggoyahkan Microsoft Windows.
Google juga berharap dengan sistem operasi bersandarkan ‘open source’ dengan binaan Linux ini akan memudahkan lagi penggunakan komputer malah menjadikan komputer lebih cepat akses sebarang program serta mengurangkan masalah serangan virus.
Baca lebih lanjut: http://googleblog.blogspot.com/2009/07/introducing-google-chrome-os.html & http://www.reuters.com/article/bigMoney/idUS158548184120090708
|